LIMITASI DALAM MEMOTONG RUMPUT!!!
Satu masalah utama dalam rutin potong rumput ialah keadaan muka bumi dan keadaan tanah. Jika laman yang dipotong bersih dari batu-batu kecil dimana biasanya tuan rumah tanam rumput baru dengan installer berpengalaman dimana tanah asal akan dikorek lebih kurang sekaki (dibuang) dan diganti dengan tanah baru, laman begini paling kurang risiko batu berterbangan.
Tetapi, jika laman masih dalam keadaan asal, dan penuh batu-batuan kecil, risiko batu berterbangan dan terkena pada individu dan harta amat tinggi. Biasanya laman begini juga memerlukan pemotongan menggunakan mesin jenis sandang yang mana rotari cable@blade besi (blade besi jarang digunakan kecuali pembersihan kebun) yang terbuka (uncovered) menyebabkan jika ada batuan kecil, ianya akan berterbangan merata tempat.
Satu cara tukang potong rumput selalu guna ialah tukar kedudukan badan dengan membuatkan arah buangan rumput/sisa ke dinding luar atau kawasan lapang. Dalam kes jarak antara rumah dan dinding tembok terlalu rapat, semua bergantung pada 'luck' juga kerana batu yang berterbangan boleh 'bounce' balik kepada tukang potong rumput atau terkena harta/kediaman. Saya ada terlibat dengan satu kes dimana batu yang melanting 'bounce' di dinding dan terkena cermin kereta customer. Mujur kene carmin kereta bukan cermin rumah, terutama design rumah masa kini mempunyai permukaan cermin luas, jenuh nak ganti. ganti 1-2 ratus pun dah rasa menyesal tak sudah inikan pula perlu ganti rm1 ribu ke atas.
Disini, mungkin cara terbaik selain minta customer tidak berada berdekatan dan alihkan kereta keluar dari porch adalah dengan potong rumput sekadar memendekkan dan bukan potong 'botak' yang biasanya customer minta. Kerana jika batu pecahkan harta customer, tiada orang lain yang harus dipersalahkan kecuali tukang potong rumput walaupun ianya bukan disengajakan. Jadi, wujudlah LIMITASI dalam menjalankan tugas potong rumput. Sebab itu, kalau kita lihat tukang potong rumput tepi jalan, sama ada kontrak perbandaran, JKR atau institusi potong tak sependek tukang potong rumput kediaman. Kerana wujud LIMITASI dan risiko kenderaan/orang lalu lalang amat tinggi. Kecuali Putrajaya dimana rumput tepi jalannya boleh kata lebih baik/setara rumput laman kediaman.
Diharapkan tulisan ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai kenapa suatu tempat rumputnya boleh dipotong sangat pendek (custom) dan ada tempat yang tak boleh.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment