Thursday, 31 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016


moga bertambah makmur dan dipermudahkan semua usaha yang dilakukan


TEKNIK PEMBAJAAN ASAS

Membaja adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian.
Membaja bertujuan memulihkan kandungan nutrient dalam tanah yang diserap oleh tanaman.
Kekurangan nutrient akan membantutkan tumbesaran tumbuhan dan tanaman mudah patah, daunnya juga akan kekuningan.
Membaja juga ada teknik yang betul untuk mengelakkan pembaziran.
Baja terbahagi kepada dua jenis iaitu organik dan bukan organik(kimia).

Baja organik (baja asli) berasal daripada organisma hidup manakala baja bukan organik (baja kimia) ialah baja buatan yang diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia yang bukan organik dan bahan-bahan galian.
Untuk membaja pastikan kawasan pokok bersih dari rumpai sebelum ditabur baja ini bertujuan agar pokok mendapat baja yang maximum.

Teknik Pembajaan
Untuk membaja terdapat beberapa teknik iaitu :-

1) Taburan
Baja di tabur/di sebar sama rata ke atas tanah. Dan perlu di gaul dengan tanah agar sebati dan tidak terdedah di permukaan tanah. Kebiasaannya digunakan pada sayur-sayuran.

2) Jalur Atau Jajar (Band/Row Placement)
Baja di bubuh ke dalam tanah yang biasanya di sebelah dan di bawah biji benih. Tetapi perlu berhati-hati semasa membaja agar baja yang dibubuh tidak terlalu hampir dengan biji benih. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris.

3)Baja Permukaan (Top Dressing)
Baja di tabur semasa tanaman sedang membesar. Untuk permukaan hanya menggunakan baja nitrogen sahaja kerana ia lebih mudah larut dan serap.

4) Pembajaan Sisi (Side Dressing)
Baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini juga di buat untuk tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok.

5) Pembajaan Berpoket (Pocket Placement)
Di letakkan secara bertompok-tompok iaitu di lubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini sering digunakan untuk membaja pokok dengan cara meletakkan baja pada lubang-lubang yang di korek terlebih dahulu di sekeliling pokok.

6) Penyemburan daun (foliar application)
Memberikan unsur pemakanan mikro kepada tanaman dengan cara menyembur unsur makanan tersebut kepada daun-daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah.


MASALAH-MASALAH RUMPUT DAN CARA MENGATASINYA


masalah wet feet

Cow Grass

* Rumput ini terdapat 2 jenis iaitu yang murah (dikira pakai harga satu tan) dan yang mahal (dikira pakai kaki persegi). Lebih berbaloi membeli yang mahal kerana kebiasaannya ia kurang mengandungi rumput liar. Boleh jimat membeli 70% dari keluasan kawasan dan menanam jarang-jarang.
* Ia boleh dibaja setahun sekali (tapi mula-mula tanam baja sebulan sekali untuk tempoh tiga bulan) dan rumput jenis ini panjang. Di awal proses pertumbuhan, rumput ini perlu disiram setiap hari selama 2 minggu. Minggu ke3 selang sehari dan minggu ke4 dan seterusnya disiram 2hari.
* Utamakan kawasan yang tidak terkena lindungan pokok dan bangunan kerana ia lebih cepat kering. Siram hanya pada waktu pagi @ tengah hari.Elakkan siram pada waktu petang. Apabila minggu ke4 selepas ditanam, pastikan proses menyiram lebih lama supaya tanah menjadi basah lebih kurang 4inci ke bawah. Ini akan menggalakkan akar rumput tumbuh panjang ke bawah untuk mendapatkan sumber air.

Pearl Grass

* Rumput ini sesuai di kawasan rumah kerana ia mudah dijaga. Namun ia ada 2 kelemahan iaitu ia tidak tahan panas ( warna rumput bertukar menjadi warna coklat) dan juga tidak tahan air bertakung "wet feet"(rumput tidak akan kecut tetapi terus bertukar warna menjadi coklat atau merah dan mati). Sebagai info tambahan untuk mengukur kepanasan ialah ketika kita pijak ia kan lambat naik.Itu tanda rumput kekurangan air.
* Rumput akan mengambil masa beberapa bulan untuk mengukuhkan akar dan mendapat air dari bahagian bawah tanah. Elakkan menyiram selepas pukul 3 petang. Ini akan menyebabkan jangkitan kulat. Jika panas terik siram sekadar perlu.
* Gunakan baja NPK 5.5.5 atau baja organik.Tidak sesuai mengunakan baja urea.Segenggam untuk setiap empat meter persegi sebulan sekali.Siram selepas membaja.Jangan sesekali membaja pada waktu petang. Bagi penanaman baru, baja 2minggu sekali.

Carpet Grass ( Zoysia, Philiphine @ Bermuda Grass

* Rumput jenis ini memerlukan 6 hingga 8jam cahaya matahari supaya ia mampu melakukan fotosintesis. Jika tidak ia akan tumbuh panjang tetapi kurus. Ketika proses memotong rumput dilakukan bahagian batang yang berwarna coklata akan kelihatan.Masalah ini hanya sementara asalkan tidak terpotong lebih hingga ke bahagian akar.
* Gunakan baja organik dengan kandungan nitrogen tidak melebihi 8.Contohnya 8.8.8 dan baja segenggam untuk kegunaan 4meter persegi.

Semut

 * Bancuh sebaldi air bersama sabun cuci pinggan. Kemudian korek dan gemburkan kawasan tanah yang dipenuhi semut dengan campuran tadi. Sabun dalam kuantiti yang banyak akan menembusi kulit badan ulat dan boleh meresap ke dalam tanah untuk membunuh serangga yang tersembunyi di dalam tanah.Tanah yang terlalu padat boleh menghalang air dari mengalir dan masuk ke dalam tanah.Menggemburkan tanah dan menggunakan sabun akan mengurangkan daya hydrophobic tanah selain membantu air mengalir air masuk ke dalam tanah. Sekiranya memakai racun,pastikan racun berasaskan air kerana sudah dibancuh siap.

Rumpai/Rumput Liar

* Cara terbaik adalah dengan mencabut rumpai secara manual menggunakan benda tajam.Cungkil rumpai beserta akar sekali (tuber @ ubi).Keluarkan semua tuber yang bersambung-sambung.Pendek kata korek dan buang.
 * Matikan tuber.Tuber adalah tempat menyimpan makanan bagi rumpai.terutamanya lalang. Setiap kali rumpai tumbuh, perlulah dipotong. Dengan cara ini tuber akan kurus.Tetapi cara ini mengambil masa yang lama.
* Meracun menggunakan Round -up atau apa-apa sahaja jenama yang mana bahan aktifnya glyphosateiaitu racun sistemik. Apabila dibancuh dan disembuh dengan betul ia akan meresap melalui daun ke seluruh tumbuhan. Glyphosate hanya aktif kepada jenis rumput sahaja.

Rumput berlumut (warna hitam)

*Perkara utama yang menyebabkan lumut ialah kelembapan dimana terlalu banyak air yang dipegang.Kemungkinan besar rumput ditanam di atas tanah liat. Gunakan pasir dengan menabur selapis pasir kasar di atas kawasan berlumut. Selepas itu menebuk beberapa lubang-lubang kecil sebesar pen dalam jarak 4 inci antara satu sama lain yang boleh membantu air mengalir ke bawah. Diharapakan pasir itu akan masuk ke dalam lubang-lubang tersebut dan membentuk pengaliran air ke bawah.


KREDIT: http://kasihshafizah.blogspot.my/2012/07/permasalahan-rumput-dan-cara.html

Wednesday, 30 December 2015

BAJA SERBUK KOPI


Jangan beri alasan tidak ada baja atau tidak tahu memilih baja jadi malas untuk bercucuk tanam. Anda boleh gunakan petua mudah ini. Tiada racun dan tiada bahan kimia. Hanya serbuk kopi. Caranya ialah taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Seterusnya, tunggulah pastinya hasil yang anda akan lihat tidak akan mengecewakan. Pokok bunga tumbuh dengan subur dan menghijau. Selamat mencuba. 


KREDIT: Laman Impiana; http://www.impiana.my/tip-petua/serbuk-kopi-suburkan-tanaman-1.347894

LEAF BLOWER


Untuk yang malas nak sapu daun-daun kering dan rumput boleh beli leaf blower.

Ada tiga jenis dalam pasaran secara amnya, iaitu handy (spt gambar), backpack dan sorong (tolak mcm lawn mower).

Di Malaysia biasanya orang gunakan jenis handy dan backpack, jenis handy terbahagi kepada wired, battery dan petrol type. Saya memilih petrol kerana reliable dan tahan lasak serta kuat serta juga murah. lower grade petrol type handy blower sama harga dengan high-end battery dan wired. 

Bagi backpack pula, ianya biasanya digunakan kontraktor untuk ruang yang lebih luas.


SOKONGAN UNTUK TUMBUHAN PERENNIAL 


Kebanyakan peminat bertaman terutamanya yang berkonsepkan Inggeris akan memilih tumbuhan perennial. Tumbuhan ini mempunyai pelbagai warna dan saiz bunga. Namun, sebahagian tumbuhan perennial menghadapi masalah apabila ia mula berbunga. Ada yang mudah tunduk menyembah bumi, patah, dan sebagainya akibat dari bunga yang banyak dan berat. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menyediakan sokongan supaya bunga dan pokok boleh bertahan lama. Terdapat beberapa jenis sokongan yang boleh digunakan antaranya:

1.Stakes and twine
Terdapat beberapa jenis tumbuhan perennial yang tumbuh tinggi memerlukan penyokong sebelum ia mula berbunga. Tumbuhan jenis ini memerlukan sokongan segera dan kuat. Pancangkan sekurang-kurangnya empat batang kayu di sekeliling pokok. Pastikan batang yang digunakan cukup panjang untuk memberi sokongan keseluruhan batang pokok. Selain kayu, anda boleh menggunakan batang pemancang dari buluh atau pun besi. Ikat batang pokok pada batang pemancang dan pastikan ikatan tidak ketat dan tidak mencederakan pokok. Untuk mengikat, anda boleh menggunakan kain atau twine. Ada juga yang menggunakan dawai lembut khas untuk mengikat pokok.



2.Peony hoops
Untuk perennial yang jenis merimbun dan padat mudah melentur terutamanya apabila bunga mula berkembang kerana batangnya lembut. Kaedah sokongan peony hoops menggunakan dawai berbentuk bulat yang disokong dengan kaki besi di bawahnya dapat membantu mengatasi masalah ini.



3.Loop stake
Penyokong jenis ini sesuai untuk batang pokok perennial yang menjadi berapa secara mendadak. Ia memberi sokongan dari bahagian pangkal bunga hingga ke pangkal batang. Penyokong jenis ini mudah untuk diaplikasikan dan mudah untuk dicabut apibila tidak diperlukan.

Kredit: Impiana; http://www.impiana.my/taman/sokongan-untuk-tumbuhan-perennial-bantu-tumbuhan-anda-berdiri-dengan-baik-1.466837

SUBURKAN TANAH


TANAH merupakan  asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tapi pernah tidak anda mengalami situasi dimana, pokok yang di tanam tidak mahu membesar atau senang kata terbantut pertumbesarannya. Hal ini mungkin terjadi kerana faktor tanah yang tidak subur. Jadi hari ini web Impiana kongsikan 7 tip suburkan tanaman anda secara semulajadi.


  • Tanaman berpasu juga ingin ‘minum teh’ . Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba anda siram dengan air teh sejuk. Air teh ini membantu membekalkan banyak mineral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiap hari.

  • Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus lga dan air kotor tersebut. Siram dan letak keatas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.

  • Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam lalu siramkanya pada tanaman anda.

  • Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. Selepas anda melakukan kerja menyedut kotoran dan habuk di rumah menggunakan hampa gas, anda boleh buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. Habuk ini akan memperkayakan tanah anda.

  • Tempurung kelapa elok untuk sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. Berbeza dengan sungkupan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. Ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda.

  • Bukan anda sahaja suka minum kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda ke dalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang suka kan keadaan tanah berasid amat perlukan ‘sumbangan’ ini. Lakukannya sekali sebulan sahaja.

  • Tahu kah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.

kREDIT: Impiana; http://www.impiana.my/jom-shopping/7-bahan-suburkan-tanah-secara-semulajadi-1.226579

MUHASABAH DIRI




#berhenti bersungut dan berusaha

Kredit: Siakap keli

Teknik Membaja Betul


Baja perlu diletakkan secara sekata, sehingga 2-3 kali ganda bukaan dahan pada pokok. Bagi mengelakkan batang pokok melecur akibat daripada panas baja, ia perlu diletakkan jauh daripada batang pokok. Melonggokkan baja pada satu tempat juga akan merosakkan akar. Pasti kan juga pokok dalam keadaan kering semasa meletakkan baja supaya tidak terdapat serpihan baja yang melekat pada pokok yang basah lalu melecurkan struktur tanaman tersebut. Kemaskan tanaman yang telah dibaja dengan membuang serpihan baja yang terlekat dicelah-celah tanaman.





Kredit: Impiana; http://www.impiana.my/tip-petua/teknik-membaja-kurang-tepat-1.277366

Tuesday, 29 December 2015



FB Perkhidmatan Potong Rumput Bangi akan sentiasa dikemaskini secara rutin bagi memudahkan Tuan/Puan mengetahui berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan. Alternatif selain blogspot dan FB page.

Boleh kunjungi di 

FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100010830307290
FB page: https://www.facebook.com/Perkhidmatan-Potong-Rumput-Bangi-1529088390739714/

terima kasih
link fb dan page fb



kalau sudi bolehlah tuan puan add dan like, berhubung di fb dan update di sana lebih pantas

https://www.facebook.com/profile.php?id=100010830307290

https://www.facebook.com/Perkhidmatan-Potong-Rumput-Bangi-1529088390739714/


job potong rumput di Seksyen 15,BBBangi (gambar bahagian belakang rumah, lupa snap gambar selepas)

bukan hanya rumput dan lalang, semak kecil pun saya potong



Job semalam di Seksyen 15, BBBangi (halaman rumah sebelum dan selepas)



Job yang diselesaikan di Puisi 1, Alam Sari

Job diselesaikan minggu lalu di Iltizam 3, Alam Sari

Antara beberapa job yang telah diselesaikan di Sungai Ramal dan Bandar Seri Putera beberapa minggu lalu






Assalam/Salam Sejahtera,

Saya menawarkan perkhidmatan memotong rumput Kediaman/Kedai dll bagi kawasan sekitar Bandar Baru Bangi/Kajang/Putrajaya/Semenyih/Bandar Seri Putra dan sekitar pada setiap hujung minggu/cuti umum. Harga dijamin termurah. Perkhidmatan oleh orang Melayu dan bukan pekerja asing. Apa-apa pertanyaan boleh sms/call 017 326 7241/013 319 7010