Thursday, 31 December 2015

TEKNIK PEMBAJAAN ASAS

Membaja adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian.
Membaja bertujuan memulihkan kandungan nutrient dalam tanah yang diserap oleh tanaman.
Kekurangan nutrient akan membantutkan tumbesaran tumbuhan dan tanaman mudah patah, daunnya juga akan kekuningan.
Membaja juga ada teknik yang betul untuk mengelakkan pembaziran.
Baja terbahagi kepada dua jenis iaitu organik dan bukan organik(kimia).

Baja organik (baja asli) berasal daripada organisma hidup manakala baja bukan organik (baja kimia) ialah baja buatan yang diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia yang bukan organik dan bahan-bahan galian.
Untuk membaja pastikan kawasan pokok bersih dari rumpai sebelum ditabur baja ini bertujuan agar pokok mendapat baja yang maximum.

Teknik Pembajaan
Untuk membaja terdapat beberapa teknik iaitu :-

1) Taburan
Baja di tabur/di sebar sama rata ke atas tanah. Dan perlu di gaul dengan tanah agar sebati dan tidak terdedah di permukaan tanah. Kebiasaannya digunakan pada sayur-sayuran.

2) Jalur Atau Jajar (Band/Row Placement)
Baja di bubuh ke dalam tanah yang biasanya di sebelah dan di bawah biji benih. Tetapi perlu berhati-hati semasa membaja agar baja yang dibubuh tidak terlalu hampir dengan biji benih. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris.

3)Baja Permukaan (Top Dressing)
Baja di tabur semasa tanaman sedang membesar. Untuk permukaan hanya menggunakan baja nitrogen sahaja kerana ia lebih mudah larut dan serap.

4) Pembajaan Sisi (Side Dressing)
Baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini juga di buat untuk tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok.

5) Pembajaan Berpoket (Pocket Placement)
Di letakkan secara bertompok-tompok iaitu di lubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini sering digunakan untuk membaja pokok dengan cara meletakkan baja pada lubang-lubang yang di korek terlebih dahulu di sekeliling pokok.

6) Penyemburan daun (foliar application)
Memberikan unsur pemakanan mikro kepada tanaman dengan cara menyembur unsur makanan tersebut kepada daun-daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah.


No comments:

Post a Comment