Teknik Membaja Betul
Baja perlu diletakkan secara sekata, sehingga 2-3 kali ganda bukaan dahan pada pokok. Bagi mengelakkan batang pokok melecur akibat daripada panas baja, ia perlu diletakkan jauh daripada batang pokok. Melonggokkan baja pada satu tempat juga akan merosakkan akar. Pasti kan juga pokok dalam keadaan kering semasa meletakkan baja supaya tidak terdapat serpihan baja yang melekat pada pokok yang basah lalu melecurkan struktur tanaman tersebut. Kemaskan tanaman yang telah dibaja dengan membuang serpihan baja yang terlekat dicelah-celah tanaman.
Kredit: Impiana; http://www.impiana.my/tip-petua/teknik-membaja-kurang-tepat-1.277366
No comments:
Post a Comment